Wednesday, November 25, 2009

AKTIVITI

Projek membina laman web / Montaj Mempromosikan Malaysia Sebagai Pusat Kecermelangan Pelbagai Bidang.

OBJEKTIF

(A) Pengetahuan: Mengaplikasikan pengetahuan , kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan
ke luar kelas.

(B) Kemahiran: Memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

(C) Nilai: Menjadi warganegara yang patriotik , prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

WARISAN BUDAYA

SUKU KAUM BUGIS

Suku kaum bugis merupakan salah satu etnikyang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau , Semporna , Kunak dan Lahad Datu.

Dari aspek sosial , suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara) , mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keuarga . Dari segi perkahwinan , suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekatdan penceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-niali agama.

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah seperti Tawau berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa , Sumatera , Semenanjung Malaysia , Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.


PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM BUGIS

TARIAN SUKU KAUM BUGIS


KAUM BAJAU

Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda.

Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tauran. Bajau juga mendapat gelaran “Cowboy Sabah” kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda.

TARIAN TRADISIONAL

Tarian Dalling-dalling sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan.

Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.

PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional tidak dikenal pasti.

RUMAH BAJAU


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU

ORANG ASLI

Masyarakat orang asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito , Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.


ORANG ASLI




PERINDUSTRIAN

Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara setanding dengan sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat dari 13.4% pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tahun 1980 sementara sumbangan sektor pertanian menurun dari 30.8% kepada 22.2% dalam tempuh yang sama. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan di mana peraturannya dalam sektor perindustrian telah bertambah dari 11.4% pada tahun 1970 kepada 15.8% pada tahun 1980 sedangkan di sektor pertanian peratusannya menurun dari 50.5% kepada 40.6%. Pertumbuhan sektor perindustrian dalam dekad tersebut ialah 12.5% setahun berbanding dengan hanya 4.3% bagi sektor pertanian.

Proses perindustrian telah melalui tahap-tahap yang diperlukan bermula dengan industri tradisional berasaskan pertanian sebelum tahun 1960an kepada industri gantian-import pada tahun 1960an dan seterusnya industri-industri intensif buruh dan eksport pada tahun-tahun 1970an. Langkah seterusnya yang paling wajar dalam proses perindustrian ini ialah dengan mengamalkan dasar industri berat iaitu perindustrian yang memerlukan modal yang besar, teknologi yang tinggi dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai.

SIRIM

KILANG KERETA


SYARIKAT PERINDUSTRIAN


PERUBATAN

Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.

Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan.

Caj perubatan dan kos penginapan hospital di sini amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia. Sebagai contoh, kos pembedahan pemintasan jantung (CABG) lazimnya adalah di antara USD6,000 hingga USD7,000.

Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI. Pakar perubatan di sini terdiri dari para profesional yang mempunyai kelayakan bertaraf antarabangsa dan dibantu oleh kakitangan separa-perubatan yang terlatih.

Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat sepenuh masa. Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi, dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangkamasa panjang menjadi pilihan menarik bagi pelawat asing.

Namun demikian, perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah.


ISLAND HOSPITAL


KURSUS PERUBATAN

KEM PERUBATAN

PERTANIAN

JENIS-JENIS PERTANIAN

(1) Pertanian Pindah
(2) Pertanian Kebun Kecil (sara diri)
(3) Pertanian Ladang

PERTANIAN PINDAH

A. CIRI-CIRI UTAMA

(1) Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak , Sabah dan Semenanjung
Malaysia.

(2) Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma , keledek , sayur-
sayuran dan buah-buahan.

(3) Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional(kaedah primitif) seperti
cangkul , tugal , kapak , parang dan batang kayu.

(4)Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.

(5)Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.

(6)Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah dipindah akan
ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder).


B. PERINGKAT KERJA DALAM PERTANIAN PINDAH

(1) Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.

(2) Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional yang
mudah.

(3) Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.

(4) Berpindah ke kawasan yang lebih subur-keburukannya kawasan yang ditinggal akan
ditumbuhi belukar.

PERTANIAN KEBUN KECIL (SARA DIRI)


A. CIRI-CIRI UTAMA

(1) Keluasan tapak1-2 hektar.

(2) Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.

(3) Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.

(4) Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada
penduduk tempatan sahaja.

(5) Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang
disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional.

(6) Tanaman yang ditanam seperti padi , buah-buahan , sayur-sayuran , jagung
(tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit ,getah ,lada hitam dan koko.

PERTANIAN LADANG

A. CIRI-CIRI UTAMA

(1) Keluasannya melebihi 40 hektar.

(2) Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.

(3) Menanam tanaman dagangan seperti getah ,kelapa sawit dan teh.

(4)Menggunakan tenaga buruh yang ramai , peralatan moden , racun serangga ,baja urea dan biji
benih yang bermutu tinggi.

KEPENTINGAN PERTANIAN

(1) Peluang pekerjaan kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk
Malaysia terlibat dalam pertanian).

(2) Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia yang ditanami dengan berbagai-bagai hasil
pertanian.

(3) Menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara.

(4) Pertanian juga menyebabkan Malaysia dijadi pengekspot utama bagi getah dan minyak
kelapa sawit dunia.

(5) Membekalkan bahan makanan seperti beras, buah-buahan,sayur-sayuran , kopi dan
sebagainya.

(6) Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangan daripada hasil pertanian (hasil kelapa
sawit , getah , lada hitam , nanas dan kelapa kering).

(7) Menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.

(8) Pembukaan kawasan-kawasan baru di luar bandar seperti rancangan FELDA.

(9) Menggalakkan pertumbuhan bandar baru terutamanya di kawasan yang baru diterokai.

(10) Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia (terutama di kawasan
luar bandar).

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERTANIAN

A. FAKTOR FIZIKAL

(1) Muka Bumi

  • Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
  • Kawasan bukit yang beralun , bersaliran baik sasuai untuk penanaman getah , kalapa sawit
  • Cerun -cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.

(2) Tanah-tanih

  • Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi sawah.
  • Tanah laterit sesuai untuk kelapa sawit, getah dan koko (kaki bukit).
  • Tanah berpasir sapanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
  • Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).

(3) Iklim

  • Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai
untuk tanaman seperti getah , kelapa sawit , koko , kopi , tembakau dan lada hitam.
  • Hujan yang banyak dan suhu yang rendah sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan
serta sayur-sayuran sederhana di Cameron Highlands.

(4) Saliran
  • Kawasan bersaliran buruk(paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.
  • Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti gatah, kelapa sawit, nanas, koko,
    tembakau dan lada hitam.

B. FAKTOR TEKNIKAL : TEKNOLOGI MODEN

(1) Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil
pertanian.

(2) Penggunaan benih yang bermutu tinggi , racun serangga dan baja urea.

(3) Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan memercepat pemasaran hasil
tanaman.

C. FAKTOR EKONOMI

(1) Bantuan madal dan pelabuhan dalam teknologi malalui skim ansuran oleh kerajaan.

(2) Adanya agansi-agensi seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan untuk membantu
petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi
masalah pertanian.

SUMBANGAN TEKNOLOGI TERHADAP KEMAJUAN SAINS

A. JENTARA PERTANIAN

(1) Menpercepat kerja pertanian.

(2) Menjimatkan kos buruh.

(3) Meningkatkan kecekapan pengeluaran.

(4) Menjimakan masa kerja.


B. RACUN SERANGGA

(1) Mengurangkan kerosakkan tanaman.

(2) Memingkatkan hasil pengeluaran tanaman.


C. BAJA KIMIA / UREA

(1) Menyuburkan tanah-tanih.

(2) Meningkatkan hasil tanaman.


D.EMPANGAN / PENGAIRAN DAN TERUSAN

(1) Membantu mengurangkan masalah kekurangan air hujan

(2) Membolehkan penanaman dan tanaman atau lebih diusahakan.

(3) Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.

(4)Memperluas kawasan pertanian.

E. SISTEM PENGANGKUTAN (JALAN RAYA DAN KERETA API)

(1) Memudah dan mempercepat pemasaran hasil pertanian.

(2) Mempercepat penghantaran hasil ke kilang untuk diproses dan mengurangkan kerosakan.

F. PENYELIDIKAN MODAL

(1) Menghasilkan benih tanaman yang bermutu.

(2) Meningkatkan hasil tanaman.

(3) Mencari cara baru untuk mengurangkan penyakit dan perosak tanaman.


BANK PERTANIAN


BUAH-BUAHAN

TAMAN PERTANIAN


Monday, November 23, 2009

Pendidikan

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:
(A) Pendidikan Prasekolah
(B) Pendidikan Rendah
(C) Pendidikan Menengah
(D) Pendidikan Lepas Menengah

(A)Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Tadika Madeleine di Selangor

(B) Pendidikan Rendah

  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun.
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.
SRB CHUNG HUA MIRI



(C) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas.
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada

o Sekolah Akademik

SEKOLAH SRI GARDEN (AKADEMI BADMINTON MALAYSIA)

o Sekolah Teknik dan Vokasional

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA TENGAH

o Sekolah Kebangsaan Agama


(D) Pendidikan Lepas Menengah

  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

o Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

SEKOLAH MENENGAH SERI KOTA

o Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.