Sunday, November 22, 2009

Pelancongan


Pulau Langkawi


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman , Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.Antara mitos dan legenda yang terkenal di Pulau Langkawi adalah Telaga Tujuh dan Puteri Dayang Sari.






Pulau Sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna , iaitu sebuah bandar di pantai timur Sabah , Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai diantara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.







Gua Niah

Gua Niah di Sarawak merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri , Sarawak , gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.








Gua Tempurung

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng , Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa , dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air , dan kandungan batu kapur dan marmar.Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.




No comments:

Post a Comment