Dari aspek sosial , suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara) , mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keuarga . Dari segi perkahwinan , suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekatdan penceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-niali agama.
Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah seperti Tawau berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa , Sumatera , Semenanjung Malaysia , Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.
Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda.
Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tauran. Bajau juga mendapat gelaran “Cowboy Sabah” kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda.
Tarian Dalling-dalling sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan.
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional tidak dikenal pasti.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU
ORANG ASLI
Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.
No comments:
Post a Comment