Wednesday, November 25, 2009

PERTANIAN

JENIS-JENIS PERTANIAN

(1) Pertanian Pindah
(2) Pertanian Kebun Kecil (sara diri)
(3) Pertanian Ladang

PERTANIAN PINDAH

A. CIRI-CIRI UTAMA

(1) Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak , Sabah dan Semenanjung
Malaysia.

(2) Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma , keledek , sayur-
sayuran dan buah-buahan.

(3) Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional(kaedah primitif) seperti
cangkul , tugal , kapak , parang dan batang kayu.

(4)Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.

(5)Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.

(6)Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah dipindah akan
ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder).


B. PERINGKAT KERJA DALAM PERTANIAN PINDAH

(1) Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.

(2) Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional yang
mudah.

(3) Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.

(4) Berpindah ke kawasan yang lebih subur-keburukannya kawasan yang ditinggal akan
ditumbuhi belukar.

PERTANIAN KEBUN KECIL (SARA DIRI)


A. CIRI-CIRI UTAMA

(1) Keluasan tapak1-2 hektar.

(2) Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.

(3) Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.

(4) Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada
penduduk tempatan sahaja.

(5) Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang
disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional.

(6) Tanaman yang ditanam seperti padi , buah-buahan , sayur-sayuran , jagung
(tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit ,getah ,lada hitam dan koko.

PERTANIAN LADANG

A. CIRI-CIRI UTAMA

(1) Keluasannya melebihi 40 hektar.

(2) Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.

(3) Menanam tanaman dagangan seperti getah ,kelapa sawit dan teh.

(4)Menggunakan tenaga buruh yang ramai , peralatan moden , racun serangga ,baja urea dan biji
benih yang bermutu tinggi.

KEPENTINGAN PERTANIAN

(1) Peluang pekerjaan kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk
Malaysia terlibat dalam pertanian).

(2) Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia yang ditanami dengan berbagai-bagai hasil
pertanian.

(3) Menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara.

(4) Pertanian juga menyebabkan Malaysia dijadi pengekspot utama bagi getah dan minyak
kelapa sawit dunia.

(5) Membekalkan bahan makanan seperti beras, buah-buahan,sayur-sayuran , kopi dan
sebagainya.

(6) Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangan daripada hasil pertanian (hasil kelapa
sawit , getah , lada hitam , nanas dan kelapa kering).

(7) Menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.

(8) Pembukaan kawasan-kawasan baru di luar bandar seperti rancangan FELDA.

(9) Menggalakkan pertumbuhan bandar baru terutamanya di kawasan yang baru diterokai.

(10) Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia (terutama di kawasan
luar bandar).

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERTANIAN

A. FAKTOR FIZIKAL

(1) Muka Bumi

  • Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
  • Kawasan bukit yang beralun , bersaliran baik sasuai untuk penanaman getah , kalapa sawit
  • Cerun -cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.

(2) Tanah-tanih

  • Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi sawah.
  • Tanah laterit sesuai untuk kelapa sawit, getah dan koko (kaki bukit).
  • Tanah berpasir sapanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
  • Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).

(3) Iklim

  • Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai
untuk tanaman seperti getah , kelapa sawit , koko , kopi , tembakau dan lada hitam.
  • Hujan yang banyak dan suhu yang rendah sesuai untuk penanaman teh dan buah-buahan
serta sayur-sayuran sederhana di Cameron Highlands.

(4) Saliran
  • Kawasan bersaliran buruk(paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.
  • Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti gatah, kelapa sawit, nanas, koko,
    tembakau dan lada hitam.

B. FAKTOR TEKNIKAL : TEKNOLOGI MODEN

(1) Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil
pertanian.

(2) Penggunaan benih yang bermutu tinggi , racun serangga dan baja urea.

(3) Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan memercepat pemasaran hasil
tanaman.

C. FAKTOR EKONOMI

(1) Bantuan madal dan pelabuhan dalam teknologi malalui skim ansuran oleh kerajaan.

(2) Adanya agansi-agensi seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan untuk membantu
petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi
masalah pertanian.

SUMBANGAN TEKNOLOGI TERHADAP KEMAJUAN SAINS

A. JENTARA PERTANIAN

(1) Menpercepat kerja pertanian.

(2) Menjimatkan kos buruh.

(3) Meningkatkan kecekapan pengeluaran.

(4) Menjimakan masa kerja.


B. RACUN SERANGGA

(1) Mengurangkan kerosakkan tanaman.

(2) Memingkatkan hasil pengeluaran tanaman.


C. BAJA KIMIA / UREA

(1) Menyuburkan tanah-tanih.

(2) Meningkatkan hasil tanaman.


D.EMPANGAN / PENGAIRAN DAN TERUSAN

(1) Membantu mengurangkan masalah kekurangan air hujan

(2) Membolehkan penanaman dan tanaman atau lebih diusahakan.

(3) Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.

(4)Memperluas kawasan pertanian.

E. SISTEM PENGANGKUTAN (JALAN RAYA DAN KERETA API)

(1) Memudah dan mempercepat pemasaran hasil pertanian.

(2) Mempercepat penghantaran hasil ke kilang untuk diproses dan mengurangkan kerosakan.

F. PENYELIDIKAN MODAL

(1) Menghasilkan benih tanaman yang bermutu.

(2) Meningkatkan hasil tanaman.

(3) Mencari cara baru untuk mengurangkan penyakit dan perosak tanaman.


BANK PERTANIAN


BUAH-BUAHAN

TAMAN PERTANIAN


No comments:

Post a Comment